Friday 2 May 2014

Bagun Awal 15 Minit

Assalamualaikum

Jika kita ingin bagun pada 6.00 pagi, bolehlah bangun pada 5.45 pagi. Bagun pagi dengan tergesa - gesa bleh membuat kita rasa panik dan kelam kabut. Mungkin ada yang tertinggal barang ketika ingin ke pejabat dan mungkin juga boleh lupa apa yang patut dilakukan seperi yang di rancang.

Jika kita bangun dengan suasana yang tenang sudah pasti kita akan dapat menghadapi hari dengan penuh bersemangat. Apabila kita bangun15 minit lebih awal sekurang - kurangnya kita mempunyai masa untuk bangun perlahan - lahan. Duduk dan memikirkan perkara yang harus dilakukan sepanjang hari. Selain itu membuat sedikit gerakan mudah di awal pagi dapat membantu meningkatkan sistem pernafasan. Percayalah dengan bangun 15 minit awal, dapat memulakan hari dengan penuh bersemangat dan menceriakan hari anda.

Sedapnya Teh Tarik

Assalamualaikum

Teh tarik adalah salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia. Rasanya yang cukup enak dan sering diambil bersama nasi lemak, roti canai dan banyak lagi. Teh tarik juga diambil tidak kira masa sama ada pagi, tengah hari, petang mahu pun malam. Saya juga salah seorang pengemar teh tarik. Kalau tidak pekena sahari memang tidak senang duduk kerana teringat akan keenakan rasa teh tarik yang cukup rasa lemak dan manisnya.

Selepas mengambil teh tarik saya akan pastikan mengambil air kosong dengan kuantiti yang banyak. Ini adalah untuk mengurangkan rasa dahaga atau dehidrasi. Apa yang pasti mengambil teh tarik atau minuman manis memang tidak bagus untuk kesihatan. Memandangkan keluarga saya mempunyai sejarah diabetis, saya mula mengurangkan minum minuman manis. Dahulu setiap hari saya akan minum teh tarik atau teh ais, tapi sekarang saya mula kurangkan secara perlahan - lahan. Dalam masa sebulan saya akan minum teh tarik 3 atau 4 gelas sahaja dan tidak lebih.

Tahukah yang teh tarik bukan sahaja manis tetapi boleh menambahkan kalori di dalam badan. Disebabkan  teh yang digunakan adalah pekat, susu pekat yang banyak diperlukan untuk memaniskan dan mengurangkan rasa pahit teh pekat. Kandungan kalori dalam susu pekat adalah sangat tinggi. Dua sudu besar sahaja sudah mengandungi  123 kalori dan dalam satu cawan pula mungkin mengandungi 229 kalori. Bayangkan jumlah kalori yang kita ambil sekiranya kita minum teh tark bersama makanan berat.

Namun begitu, bukan bermakna kita perlu berhenti terus daripada mengambil minuman kegemaran ramai ini. Tetapi kurangkan minum teh tarik dan boleh meminta teh tarik kurang manis.